adik manja

adik manja


Sunday, April 25, 2010

MEMAHAMI TINGKAHLAKU EMOSI KANAK KANAK


Oleh:
YM Raja Kamariah Raja Khalid
Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA

Cahayamata merupakan anugerah ilahi pada pasangan suami isteri dan ia merupakan lambang cinta yang paling bernilai dalam kehidupan berumahtangga. Tanpa tawa ngilai dan tangis gurau anak anak, akan terasa sunyi bagi pasangan suami isteri lebih lebih lagi yang telah lama berumahtangga. Namun, kesediaan untuk menerima cahayamata amat penting terutamanya untuk mengetahui perkembangan yang berlaku dalam diri kanak kanak dari segi fizikal dan mental kanak kanak tersebut.

Dalam perkembangan mental kanak kanak, selain daripada perkembangan kognitif iaitu pemikiran dan fungsi otak, aspek perasaan dan tingkahlaku emosi juga penting. Tingkahlaku emosi dan perasaan kanak kanak boleh diklasifikasikan dalam dua cara yang paling umum iaitu:

1. Faktor luaran iaitu kanak kanak sering menunjukkan reaksi emosi melalui riak muka seperti ketawa, senyum, menangis, bermasam muka, tidak berkata kata dan sebagainya.
2. Faktor dalaman iaitu perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan rakan sebaya.

Emosi adalah penggerak pada tingkahlaku kanak kanak dan merupakan cara yang termudah untuk kanak kanak melahirkan apa yang mereka fikirkan dan apa yang mereka rasa. Segala situasi yang berlaku dikeliling dan juga perubahan biologi yang mereka lalui akan bertindak untuk mewujudkan tingkahlaku emosi seperti meradang, marah, naik angin, takut, benci dan sebagainya.

Situasi yang melibatkan tingkahlaku emosi kadang kala sukar dinilai lebih lebih lagi bila kanak kanak itu berusia antara satu hingga lima tahun kerana perubahan yang berlaku dalam diri kanak kanak itu tidak seimbang. Setiap perubahan yang berlaku adalah disebabkan perubahan luaran dan juga dalaman yang berkait rapat dengan perubahan biologi yang kurang konsisten. Ini bermakna, seorang kanak kanak itu dalam masa yang sama harus mengimbangi perubahan diri dan juga penyesuaian faktor luarannya. Secara tidak langsung, ia mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap reaksi kanak kanak itu. Sekiranya ibu bapa kurang sensitif dengan perubahan emosi dan biologi kanak kanak itu, kanak kanak yang bijak, akan mula memanupulasikan ibu bapa mereka untuk memenuhi kehendak kanak kanak itu.

Sebagai contoh, kanak kanak yang sensitif pada perubahan biologi dan perubahan emosinya, akan sering menangis dan merengek. Keadaan ini akan menimbulkan rasa marah pada ibu bapa. Atas tindak balas itu, ibu bapa akan mengambil jalan pintas dengan menghukum kanak kanak itu agar berhenti menangis. Tindakan ini tidak akan memberi apa apa faedah kerana tindaklaku emosi kanak kanak itu hanyalah bersifat sementara. Kanak kanak itu akan berhenti menangis kerana ‘takutkan’ ‘hukuman’ yang diberi. Malahan tingkahlaku emosi ini akan berulang ulang dan berterusan kerana kanak kanak itu tidak belajar bahawa ‘menangis’ atau tingkahlaku emosi itu bukanlah cara yang betul untuk menyatakan sesuatu. Ini adalah kerana tingkahlaku emosi ini dijadikan sebagai ‘pembantu’ untuk mereka menghadapi situasi yang dihadapinya seperti untuk memenuhi kehendak dan keinginannya sendiri.

Ibu bapa seharusnya menggunakan teknik bertanya untuk mengajar anak anak agar tidak mengambil jalan pintas dengan tindaklaku emosi sekiranya mahukan sesuatu. Seperti, "Adik nak apa? Kenapa adik menangis? Adik nak susu? Adik nak mainan? Adik tak mahu tidur?" Jika mereka mengiakan apa yang telah ditanya itu, kemudian, ibu bapa haruslah menerangkan pada kanak kanak tersebut agar nyatakan apa yang mereka mahu dengan jelas (katalah seperti, " Oooo katalah adik nak susu.....jangan lah menangis...mana ibu tahu adik nak susu..lain kali adik cakaplah.....adik tunjuklah pada ibu...") bukannya tingkahlaku emosi (seperti menangis). Proses ini perlu diulang beberapa kali agar mesej tersampai pada kanak kanak itu. Ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan mental yang turut berkembang pada kanak kanak berusia satu hingga lima tahun.

Berbanding dengan cara ‘hukuman’ tadi, ia akan menimbulkan kesan emosi negatif pada kanak kanak itu dan ia membantutkan pembesaran emosi yang positif. Dikhuatiri sekiranya kanak kanak itu akan terus menggunakan teknik menangis (atau tingkahlaku emosi) ia akan melahirkan suasana tidak tenteram, benci membenci antara satu sama lain.

Perangai tunjuk emosi ini boleh ditangani sekiranya ibu bapa tahu mengendalikan emosi anak anak mereka. Ibu bapa harus peka dengan kehendak dan kemahuan anak anak serta pola tingkahlaku emosi mereka supaya setiap kali berlakunya tunjuk emosi, ibu bapa tahu cara untuk menanganinya.

Contoh yang sering berlaku ialah apabila berada di pusat membeli belah. Ada kanak kanak menggunakan tingkahlaku emosi dengan menangis dan berguling guling di pasaraya untuk menarik minat ibu bapa agar memenuhi kehendaknya. Keadaan ini akan berterusan walaupun kanak kanak itu telah dihukum (selalunya ibu bapa akan memukul atau memaksa anak mereka agar berhenti menangis tetapi, kanak kanak itu akan mendapat apa yang dihajatinya kerana sekiranya mereka terus menangis walau pun di hukum, kanak kanak itu akan dapat juga apa yang dihajatinya) Secara tidak langsung,ibu bapa kanak kanak tadi telah dimanipulasikan oleh anak mereka sendiri.

Sekiranya tingkahlaku emosi seumpama ini terjadi, ibu bapa harus berhati hati agar tidak menjadi ‘mangsa’ pada anak anak sendiri. Ibu bapa harus menggunakan teknik perjanjian dengan anak anak dengan syarat setiap apa yang dijanjikan itu ditepati. Berjanjilah dengan anak anak sekiranya mahu mengikut ibu bapa ke pasaraya, haruslah berkelakuan baik jika tidak, mereka tidak akan dibawa bersama nanti sehinggalah mereka berjanji akan berkelakuan baik.

Ibu bapa harus bijak dalam menguruskan emosi anak anak. Cuba elakkan dari menggunakan teknik menghukum, sebaliknya digantikan dengan teknik bertanya dan perjanjian agar dalam masa yang sama, mereka akan belajar untuk menguruskan emosi mereka sendiri. Kaedah ini amat penting bagi kanak kanak yang membesar kerana pada peringkat awal inilah akan membentuk peribadi kanak kanak bila mereka dewasa nanti.

Kanak-kanak seharusnya diajar/dilatih menurut kata-kata ibu bapa bukannya dimarahi, dihukum atau dileterkan .

Secara amnya, ibu bapa harus mendidik anak-anak dengan disiplin dan hukuman. Kedua-dua ini memberi kesan yang kurang sihat pada pembesaran anak-anak. Hukuman ialah sesuatu yang ‘menyakitkan’. Hukuman ialah membalas seseorang yang telah melakukan sesuatu kesalahan. Disiplin pula merupakan tindakan yang dilakukan dengan satu matlamat tertentu. Dalam hal ini, ibu bapa harus mendisiplinkan anak-anak dengan diplomasi dengan tujuan untuk membantu anak-anaknya memperbaiki dirinya.

Harus kita pertimbangkan bahawa kanak-kanak sebenarnya tidak boleh dipaksa. Sistem ‘pembelajaran’ akan berlaku secara automatik. Cuba bentuk emosi anak-anak dengan disiplin dan diplomasi serta kasih sayang. Mereka akan kenal siapa mereka, realiti yang harus mereka hadapi dan ini dapat memperkembangkan keseimbangan tingkahlaku emosi kanak-kanak.

MENILAI KANAK-KANAK PRASEKOLAH YANG LEMBAB




Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, taraf kesihatan dan pemakanan kanak-kanak adi negara ini telah meningkat. Ini menjadi Faktor utama menurunnya kadar kematian bayi dan kanak-kanak berbanding masapmasa lalu. Bilngan anak dalam sesuatu keluarga pula semakin berkekurangan . Ibu bapa semakin menumpukan perhatian yang lebih kepada perkembangan intelek anak -anak mereka . Mereka sangat khuatir jika anak mereka yang berada dalam lingkungan usia tiga hingga lima tahun (pra sekolah ) lembab .

Kecacatan -kecacatan yang serius biasanya mudah dikenal pasti oleh ibu bapa sebelum anak menjangkau usia tiga tahun . Ini termasuklah cacat penglihatan , rencat akal yang teruk serta cacat fizikalyang mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengerakkan tangan dan kaki seperti lazimnya . Tetapi , ada sesetengah ibu bapa yang merasakan bahawa anak mereka terlalu lembab dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya walaupun pada zahirnya , dia kelihatan normal . Ibu bapa yang bersikap demikian sebenarnya membuat kesimpulan daripada pemerhatianmereka terhadap pencapaian kefahaman bahasa atau keupayaan pertuturan anak mereka yang dirasakan lebih lambat berbanding dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya .

Ibu bapa sering membanding kebolehan anak mereka dengan adik -beradik yang lain atau dengan anak jiran tetangga mereka . Tetapi , pada hakikatnya kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi pencapaian sesuatu ciri perkembangan. Ibu bapa mungkin menganggap anak mereka lembab jika si anak lebih lambat memperolehi kemahiran bertutur , membaca , bergaul dan berdikari berbanding dengan adik -beradiknya yang lain . Ada juga ibu bapa yang saya temui yang tidak langsung berasa bimbang tentang prestasi intelek anak mereka walaupun si anak memang lembab jika dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya . Oleh itu , persepsi ibu bapa tentanganak mereka akan mempengaruhi mereka dalam membuat penilaian tentang prestasi intelek anak mereka .

Kadangkala , persekitaran dan cara gaya keibubapaan yang tidak menggalakkan perkembangan anak boleh menjadi punca sesetengah kanak -kanak prasekolah lembab dari segi pencapaian bahasa , kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti -aktiviti tanpa bantuan orang lain seperti makan , minum , bersalin pakaian dan sebagainya . Tidaklah menghairankan mengapa kanak -kanak di pusat -pusat jagaan yang tidak mendapatcukup perhatian didapati lembab dalam banyak aspek . Ini dibuktikan melalui satu projek penyelidikan yang pernah dijalankan dipusat jagaan kanak -kanak tempatan oleh jabatan pediatrik , UKM dalam tahun 1983 .

Kanak -kanak tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan diuji daya intelek mereka . Satu kumpulan telah diberikan program pengayaan (enhancement programme ) yang memerlukan juga penglibatan sekumpulan wanita secara sukarela yang telah dilatih tentang cara -cara merangsang bayi dan kanak -kanak . mereka telah meluangkan banyak masa untuk berinteraksi , bercakap ,bercerita , bermain , membelai , mengasuh serta melayan kanak -kanak ini makan , minum ,memakai baju dan membuka seluar sendiri . Selepas dua bulan , setiap kanak -kanak dalam kedua -dua kumpulan telah diuji inteleknya . Didapati bahawa kanak -kanak dalam kumpulan yang telah mendapat rangsangan lebih cepat mencapai kemahiran bertutur , berdikari , bersosial dan sebagainya . Ini menunjukan betapa kuatnya faktor stimulasi dalam proses meningkatkan prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu

Pakar kanak -kanak menyarankan agar kanak -kanak yang mengalami masalah perkembangan dikenal pasti dari awal -awal lagi supaya rancangan pemulihan atau pengayaan dapat diatur untuknya . Faktor -faktor negatif yang mempengaruhi perkembangannya perlu dikenal pasti untuk membolehkan pakar -pakar merancang program pemulihan dari peringkat awal lagi . Banyak kajian telah menunjukkan bahawa intervensi awal lebih membawa manfaat daripada intervensi yang dijalankan apabila si anak itu sudah dewasa .

Punca seseorang anak itu lembab prestasi inteleknya boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka ) dan faktor budaya atau kekeluargaan . Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak -kanak tetapi tanpa persekitaran yang optimum , kanak-kanak itu tidak dapat mencapai potensi yang optimum . Jika penilaian terhadapkanak -kanak prasekolah yang lembab dilakukan dari awal -awal lagi , dapatlah program pembelajaran masa depannya diaturkan Ibu bapa perlu mengetahui kekutan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan anak mereka . Mereka perlu dibimbing oleh para profesional tentang caragaya keibubapaan dan strategi -strategi pembelajaran yang betul supaya intervensi awal dapat di jalankan di rumah .

Saturday, April 24, 2010

KANAK-KANAK MENANGIS

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Tangisan seorang kanak-kanak
Istilah menangis biasanya merujuk pada tindakan mengeluarkan air mata sebagai respon terhadap suahsana emosi pada manusia.Tindakan menangis telah ditakrifkan sebagai "sebuah fenomena secretomotor kompleks dicirikan oleh penumpahan air mata dari aparat airmata, tanpa kerengsaan okular struktur".[1]
Sebuah hubungan neuron antara pembuluh air mata dan kawasan otak manusia yang terlibat dengan emosi ditubuhkan. Tidak ada binatang lain yang berfikir untuk mengeluarkan air mata sebagai respons terhadap keadaan emosional[2] although this is disputed by some scientists.[3] walaupun pekara iniditentang beberapa sainstis[4]
Menurut sebuah kajian terhadap lebih dari 300 orang dewasa, dalam purata, lelaki menangis sekali setiap bulan, dan wanita menangis sekurang-kurangnya lima kali per bulan, [2] terutamanya sebelum dan selama haid, ketika tangisan dapat meningkat menjadi 5 kali tingkat normal, seringkali tanpa alasan yang jelas (seperti kemelesetan atau kesedihan)[5] Dalam banyak kebudayaan, hal ini lebih dapat diterima secara sosial bagi perempuan dan kanak-kanak menangis dibandingkan dengan lelaki.[2]Air yang dihasilkan selama menangis emosional mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada air mata jenis lain: mereka mengandungi secara signifikan lebih besar jumlah hormon prolaktin, adrenocorticotropic hormon, Leu-enkephalin [6] dan unsur-unsur perubatan dan mangan. [2]

Saturday, April 10, 2010

LEMBAM (SLOW LEARNER)


Definisi
Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

Ciri - ciri:
- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.
- Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.
- Sukar menerima arahan.
- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.
- Menyebut huruf - huruf yang tidak tepat / salah, bertukar - tukar.
- Meninggalkan huruf, sukukata atau perkataan ketika membaca dan menulis.
- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.
- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.


http://www.phkks.org/bm/info_syndown.html


pengalaman

4 jan - 26 feb 2010

seorang daripada murid prasekolah matahari menangis sewaktu datang ke sekolah dengan tanpa sebab, dan boleh pulak membuat cerita kononnya dirinya di ganggu rakan sekelas sewaktu belajar. tambahan pula dengan ibunya yang banyak memihak pada anaknya tanpa meminta penjelasan daripada guru kelas dan juga guru praktikal yang sedang bertugas. Apa yang kunyatakan, murid ini lebih selesa berada di rumah berbanding di sekolah kerana tidak mahu bebanan yang banyak antaranya kerja sekolah dan juga latihan yang diberikan dalam kelas. Faktor lambat untuk menyiapkan tugasan merupakan salah satu tanda yang murid tersebut malas untuk ke sekolah...Adakah anda semua bersetuju??

iza 2730

renungan

Dasar Kanak-Kanak Negara

PENGENALAN

Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting, yang menjadi aset negara dan penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Pada tahun 2008, terdapat seramai 10.5 juta (37.9%) orang kanak-kanak daripada 27.7 juta penduduk Malaysia . Dengan itu, pihak Kerajaan amat prihatin kepada kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak.

Sehubungan ini, Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995. Konvensyen ini memberi tumpuan terhadap kebajikan dan kehidupan kanak-kanak yang menjurus kepada aspek kelangsungan hidup (survival), perlindungan (protection), perkembangan (development) dan penyertaan (participation). Sebagai sebuah Negara Pihak (State Party) kepada CRC, Malaysia amat prihatin dan komited terhadap tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang merupakan generasi pewaris negara masa hadapan.

Kepentingan golongan kanak-kanak jelas dibuktikan dalam pernyataan Wawasan 2020 di mana institusi keluarga dan kanak-kanak merupakan salah satu fokus yang diberi keutamaan dalam usaha negara mencapai status negara maju di samping melahirkan masyarakat yang saksama dan penyayang.

http://pmr.penerangan.gov.my

Wednesday, March 31, 2010

Tingkah laku

tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Pembelajaran pelaziman klasik berpendapat gerakan-gerakan refleks seperti mata berkelip berlaku secara semulajadi dan ianya tidak di warisi dan juga tidak perlu dipelajari.


Teori pelaziman Klasik Watson

menangis?

Istilah menangis biasanya merujuk pada tindakan mengeluarkan air mata sebagai respon terhadap suahsana emosi pada manusia.Tindakan menangis telah ditakrifkan sebagai "sebuah fenomena secretomotor kompleks dicirikan oleh penumpahan air mata dari aparat airmata, tanpa kerengsaan okular struktur"

anak-anakku

malas????
adakah anak-anak selesa di rumah?
atau pun kurang suka berkawan?